
KUALA LUMPUR, 8 November – Kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum perlu terus dipelihara sebagai keunikan serta kekuatan Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tanggungjawab mengekalkan keharmonian negara perlu dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan Ramakrishnan, sebelum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2026 anjuran MIC dan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MiED).
Majlis itu turut dihadiri Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran serta masyarakat India.
Anwar turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India yang meraikannya.
