🚨 AWAS! TAWARAN LUMAYAN BOLEH MENJADI PERANGKAP SINDIKET DADAH

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan golongan muda, khususnya pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi (IPT), supaya berwaspada terhadap taktik sindiket dadah yang memperdaya mangsa melalui tawaran pekerjaan bergaji lumayan, pakej percutian, tiket penerbangan, penginapan percuma serta imbuhan kewangan. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 213 rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara kerana disyaki menjadi keldai dadah bagi tempoh 2024 hingga September 2026.

β€œJangan mudah terpedaya dengan tawaran lumayan yang mencurigakan. Keselamatan dan masa depan generasi muda mesti sentiasa menjadi keutamaan.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Di sebalik tawaran yang kelihatan menarik, sindiket berusaha mengeksploitasi individu untuk membawa atau menghantar dadah, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko tangkapan dan hukuman berat di luar negara. KDN melalui PDRM terus memperkukuh risikan, penguatkuasaan serta pendidikan pencegahan bagi membanteras rangkaian sindiket dan melindungi rakyat daripada ancaman jenayah dadah rentas sempadan.

Ingat! Tawaran terlalu lumayan mungkin perangkap. Semak dahulu, jangan mudah percaya. Lindungi diri dan masa depan anda.

Sumber: Pertanyaan Jawab Lisan, Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 5 November 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *