Syeikh Wazir: Haram jatuhkan kerajaan yang memerintah secara adil

KOTA BHARU, 31 Oktober – Umat Islam diingatkan supaya tidak menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai alasan untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah secara adil, kerana tindakan itu boleh membawa kepada hukum haram.

Ulama terkenal, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah berkata, usaha menjatuhkan kepimpinan yang tidak melakukan kezaliman, rasuah atau penyelewengan harta negara dan negeri tidak sepatutnya dilakukan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang berusaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menerusi pilihan raya.

Menurutnya, umat Islam perlu mengutamakan persaudaraan, menghormati kepimpinan serta mengelakkan permusuhan yang boleh memecahbelahkan masyarakat akibat perbezaan politik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Sebarkan Salam dan Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi, malam Sabtu yang turut dihadiri Perdana Menteri.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *