BANTUAN UPAH JAHIT (BUJ) PAKAIAN SERAGAM KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kedudukan terkini berhubung status Bantuan Upah Jahit (BUJ) Pakaian Seragam anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ingin merakamkan penghargaan atas keprihatinan masyarakat terhadap perkara tersebut.

Selaras dengan keputusan Kementerian Kewangan Malaysia, KKM melalui surat edaran bertarikh 29 September 2026 telah menetapkan supaya urusan perolehan baki bekalan pembelian pakaian seragam tahun 2026 diselaraskan di peringkat negeri melalui kaedah sebut harga, tertakluk kepada had nilai dan keperluan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

Walau bagaimanapun, hasil semakan mendapati bahawa terdapat beberapa lokasi yang masih belum selesai menerima bekalan pakaian seragam, antaranya disebabkan oleh ketiadaan pembekal yang berminat. Usaha mendapatkan pembekal yang berminat akan diteruskan melalui pelaksanaan proses sebut harga selanjutnya bagi memastikan keperluan bekalan pakaian seragam dapat dipenuhi.

Berkenaan dengan tuntutan BUJ, proses ini akan dilaksanakan sebaik sahaja pembekalan kain diterima mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.1.1.2 – Bantuan Upah Jahit.

KKM komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat, di samping memastikan kebajikan anggota KKM terus diberikan perhatian yang sewajarnya.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

27 OKTOBER 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *