



16 Oktober 2026
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Opereta Universiti Teknologi MARA (UiTM), anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, malam ini (16 Oktober).
Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Majlis Opereta bertemakan βRaja dan Rakyat Berpisah Tiadaβ sebagai wadah memperkukuh penghayatan terhadap
sejarah, warisan budaya serta kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dalam kalangan
masyarakat.
Turut hadir, Datoβ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pengajian Tinggi, dan Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM.
