Lebih 800 pusat pengumpulan sokong kitar semula bekas racun perosak

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Sebanyak 805 pusat pengumpulan di seluruh negara menyokong usaha kitar semula bekas racun perosak bagi memastikan pengurusan sisa pertanian dilaksanakan secara sistematik, selamat dan bertanggungjawab

Jabatan Pertanian menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, daripada jumlah itu, 546 pusat pengumpulan dikendalikan Jabatan Pertanian, manakala 259 lagi dikendalikan pelbagai agensi dan pihak swasta.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, Program Agro-Lestari: Transformasi Ekonomi Kitaran Melalui Kitar Semula Bekas Racun Perosak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 selari dengan pendekatan Ekonomi Kitaran yang menggalakkan pemulihan sisa pertanian untuk dimanfaatkan semula sebagai sumber bernilai.

β€œProgram yang berlangsung di Dewan Puncak Arabella, Cameron Highlands itu turut mengetengahkan tema β€œJom Bilas Tiga Kali!” bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai kaedah pengurusan bekas racun perosak yang betul sebelum dikembalikan ke pusat pengumpulan.

β€œPendekatan berkenaan penting bagi menyokong sistem pengeluaran makanan yang lebih cekap, bertanggungjawab dan lestari,” katanya.

Beliau turut menyeru pengeluar, pengedar, agensi kerajaan serta komuniti tani bersama-sama memikul tanggungjawab bagi merealisasikan agenda kelestarian sektor agromakanan negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi, berkata Program Kitar Semula Bekas Racun Perosak yang dirintis di Cameron Highlands sejak 2003 menunjukkan perkembangan positif.

β€œJumlah bekas racun perosak yang dikumpulkan meningkat daripada 206 tan pada 2024 kepada 286 tan pada 2025, manakala 111.51 tan lagi berjaya dikumpulkan sehingga Jun tahun ini,” katanya.

Pada majlis sama, Datuk Chan turut menyaksikan penyerahan insentif daripada syarikat pengeluar racun perosak kepada wakil syarikat pertanian di Cameron Highlands sebagai galakan untuk mengembalikan bekas racun perosak bagi tujuan kitar semula.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *