SKIM USAHAWAN BANGKIT PERKASA PENIAGA KECIL, MANFAAT MESTI DIRASAI RAKYAT – PMX

ALOR SETAR, 25 September 2026 – Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh usaha memperkasa usahawan dan peniaga kecil menerusi pelbagai bentuk bantuan bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan keluarga serta mengembangkan perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peniaga kecil merupakan nadi ekonomi rakyat kerana sektor berkenaan menjadi sumber rezeki keluarga selain menyediakan peluang pekerjaan kepada ratusan ribu rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Skim Usahawan Bangkit di Anak Bukit, Kedah.
Menurut Anwar, hampir 2,000 permohonan telah diterima menerusi Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah, manakala bantuan peralatan sehingga RM5,000 turut disediakan menerusi Geran Sejahtera MADANI melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

MEMUDAHKAN URUSAN

Beliau berkata Kerajaan MADANI akan terus memudahkan urusan perniagaan dan memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Anwar berkata usaha memperkasa usahawan serta peniaga kecil juga akan terus diperkukuh menerusi Belanjawan 2027, selaras dengan usaha memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai rakyat.
Dalam masa sama, beliau menegaskan kemasukan pelaburan besar khususnya dalam bidang teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor tidak seharusnya mengorbankan kelangsungan peniaga kecil tempatan.
“Kita mahu pelaburan terus masuk dan ekonomi terus berkembang, tetapi manfaatnya mesti dirasai rakyat serta membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk peniaga kecil kita tumbuh, berdaya saing dan maju,” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *