DARI SHANGHAI KE HANGZHOU, PMX TERUSKAN MISI PELABURAN MALAYSIA

23 September 2026 — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan misi meneroka peluang pelaburan ke Malaysia khususnya dalam bidang teknologi dan automotif selepas menghadiri Sesi Pleno Pembukaan Persidangan WorldSkills Shanghai 2026.

Anwar bersama rombongan Malaysia kemudian menuju ke Hangzhou dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi bagi meneruskan beberapa sesi pertemuan yang telah dijadualkan berkaitan potensi pelaburan dan kerjasama strategik.

Dalam perkembangan sama, beliau turut meluangkan masa bertanya khabar serta menyantuni rakan-rakan media daripada delegasi Malaysia yang mengikuti lawatan kerja tersebut.

MENTADBIR NEGARA BUKAN TUGAS MUDAH

Anwar berkata beliau turut menegaskan pendirian Kerajaan MADANI berhubung pelbagai isu semasa dan nasional.

Menurut beliau, mentadbir negara bukanlah suatu tugas yang mudah, sebaliknya amanah tersebut menuntut kebijaksanaan serta iltizam yang tinggi.

Beliau menegaskan tekad untuk mencurahkan segenap kudrat demi tanah air, termasuk memberi tumpuan kepada usaha membaiki dan merombak sistem, amalan serta budaya lampau yang disifatkan telah merosakkan dan melemahkan negara.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI dan Pakatan Harapan kekal konsisten dalam memelihara serta menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pendirian tersebut adalah jelas dan nyata.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *