
Persiapan Sambutan Hari Malaysia 2026 di Kuching kini memasuki fasa akhir selepas raptai penuh di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Antara pengisian utama ialah:
- Acara menandatangani Buku Khas Pengisytiharan Malaysia
- Simbolik memotong pulut kuning
- Persembahan kebudayaan dan muzikal teater
- Konsert menampilkan Dayang Nurfaizah, Stacy dan Faizal Tahir
- Segmen gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak
- Pertunjukan bunga api di Kuching Waterfront
Lebih 5,000 tetamu dijangka hadir bagi meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia menerusi kepelbagaian budaya, selaras dengan semangat Segulai Sejalai.
