
NEW DELHI, 13 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menekankan agenda pertumbuhan global yang lebih inklusif dalam Kenyataan Negara sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 hari ini.
Fokus utama meliputi pengukuhan kerjasama anggota dan negara rakan BRICS, perluasan peluang ekonomi serta akses lebih inklusif terhadap teknologi dan inovasi.
Selepas sidang kemuncak di New Delhi, Anwar akan meneruskan lawatan ke Kerala bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-India, termasuk dalam perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, pendidikan, tenaga kerja serta keterhubungan serantau.
