
KUALA LUMPUR, 24 Ogos β Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen untuk terus melakukan perubahan dan islah negara dengan menjadikan strategi Rasulullah SAW sebagai rujukan.
Beliau berkata, usaha membangunkan Malaysia sebagai negara majmuk memerlukan perpaduan, keadilan, ihsan serta jaminan terhadap keperluan asas dan keamanan rakyat.
Mengambil iktibar daripada pembangunan Madinah, beliau menekankan kepentingan menyantuni golongan miskin dan lemah, memberi ruang kepada kelompok berbeza serta memastikan ekonomi lebih saksama.
Menurut beliau, perpaduan dan kematangan sosial penting bagi menghapuskan perpecahan, curiga dan kegelisahan yang boleh menghambat kemajuan negara.
