Agihan kit Jalur Gemilang semarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

KUANTAN, 17 Ogos – Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia terus disemarakkan menerusi agihan kira-kira 2,000 kit Jalur Gemilang kepada peniaga dan pengunjung di Art Street di sini.

Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Pahang, Rohani Chik berkata, inisiatif seperti itu berupaya memberi galakan kepada masyarakat untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman serta premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kebangsaan.

β€œKempen seperti ini turut membudayakan amalan 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme dan semangat cintakan negara,” katanya selepas Program Hiburan Berinformasi Jabatan Penerangan Arena Penggerak Komuniti (JAGO) sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026, di Art Street.

Beliau dalam pada itu mengakui program JAGO merupakan pendekatan santai yang menggabungkan elemen hiburan dan penyampaian maklumat berkaitan sambutan Bulan Kebangsaan.

Selain persembahan hiburan, program turut memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menghayati semangat kemerdekaan dan memupuk kecintaan terhadap negara.

Bagi pengunjung, penganjuran program seperti itu merupakan platform untuk terus menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *