
SHAH ALAM, 10 Ogos – Tekong sepak takraw negara, Syahir Rosdi mencipta rekod baharu selepas menghasilkan sepakan tekong setinggi 2.28 meter, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Highest Tekong Kick By Individual”.
Rekod berkenaan dicatat pada Karnival GenBlu di Setia City Convention Centre, Sabtu lalu, menerusi cabaran melakukan servis tekong tanpa melompat.
Menurut Syahir, ketinggian 2.28 meter itu antara catatan tertinggi pernah dihasilkannya menggunakan teknik servis berkenaan.
Pencapaian tersebut menyerlahkan keupayaan fizikal dan teknikal Syahir sebagai tekong negara, selain membuktikan potensi luar biasa dalam menghasilkan servis pada ketinggian maksimum.
