
KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2026– Kerajaan terus memberi perhatian terhadap kebajikan serta kelangsungan hidup petani dan pekebun kecil menerusi penyaluran Bantuan Tunai Interim berjumlah RM400 kepada penerima yang layak di bawah BUDI Agri-Komoditi.
Bantuan berjumlah RM400 tersebut merangkumi RM200 bantuan sedia ada dan tambahan RM200 secara interim, sebagai langkah membantu meringankan beban kos serta menyokong keperluan golongan petani dan pekebun kecil di seluruh negara.
Penyaluran bantuan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan sokongan bersasar terus disalurkan kepada golongan yang terlibat dalam sektor agri-komoditi, khususnya dalam menghadapi tekanan kos dan cabaran ekonomi semasa.
Penerima yang layak boleh menyemak akaun masing-masing bagi memastikan bayaran telah diterima.
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BUDI Agri-Komoditi, permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi:
budidiesel.gov.my
Inisiatif ini selaras dengan usaha Kerajaan memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan memastikan manfaat pembangunan ekonomi dapat dirasai oleh rakyat, khususnya komuniti luar bandar serta mereka yang bergantung kepada sektor pertanian dan komoditi sebagai sumber pendapatan.
Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
— SOROTAN BERITA JENDELA MADANI —
