PMX terima kunjungan hormat TPM Kemboja, perkasakan kerjasama stratejik dua negara

3 Ogos 2026

Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn, sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia selama dua hari yang bermula hari ini.

𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗦𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗗𝘂𝗮 𝗛𝗮𝗹𝗮 (𝗝𝗖𝗕𝗖) 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮–𝗞𝗲𝗺𝗯𝗼𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝘂𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟰 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲. 𝗜𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲-𝟳𝟬 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗼𝗷𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟳, 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗿𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.

Pertemuan hari ini menjadi ruang untuk kedua-dua negara terus memperkasa kerjasama strategik merangkumi perdagangan, pelaburan, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), industri halal, keselamatan makanan serta pembangunan modal insan, di samping memperkukuh kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan.

Sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia dan Kemboja berkongsi tanggungjawab untuk memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan serantau dan merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 demi masa depan yang lebih makmur buat seluruh rakyat di rantau ini.

Moga hubungan Malaysia-Kemboja terus diperkukuh, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama yang membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara dan rakyatnya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *