AI MALAYSIA LONJAK NEGARA MENUJU NEGARA AI 2030 – ANWAR

28 Julai 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan negara mewujudkan AI Malaysia yang diluncurkan hari ini.

Beliau menyifatkan Malaysia sedang melangkah satu tapak lagi ke hadapan, suatu lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030.

β€œInisiatif yang dijangka memanfaatkan kira-kira 100,000 belia ini merupakan langkah penting untuk memastikan generasi muda bukan sekadar pengguna teknologi, malah menjadi pencipta nilai, peneroka inovasi dan pemacu kemajuan Malaysia pada masa hadapan.

Sebagai entiti pelaksana teras, AI Malaysia mengemudi Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 untuk memacu adaptasi AI secara selamat dan bertanggungjawab menerusi sokongan Institut Keselamatan AI Malaysia,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan di Facebooknya.

A1 Malaysia dilancarkan Perdana Menteri pagi semalam (Selasa) di Cyberjaya.

Anwar seterusnya berkata, masa depan digital kini menjadi milik bersama rakyat dengan adanya AI Malaysia ini.

β€œIni merupakan permulaan yang sangat penting bagi kesejahteraan, keselamatan dan masa depan negara kita.

β€œAyuh kita berganding bahu memacu masa depan yang inklusif, selamat, dan berdaya saing demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dengan penuh pengharapan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *