KEMPEN INTERNET SELAMAT PERKASA CELIK DIGITAL, BINA GENERASI MUDA BERTANGGUNGJAWAB

JEMPOL, 26 Julai – Kempen Internet Selamat terus diperkukuh sebagai platform meningkatkan literasi digital dalam kalangan generasi muda, sekali gus membentuk pengguna internet yang beretika, berfikiran kritis dan bertanggungjawab menghadapi cabaran dunia digital.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu bukan sahaja menyemai semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan, malah memperkasakan kefahaman pelajar mengenai isu keselamatan siber, berita palsu, media sosial, kesihatan mental dan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Program yang menghimpunkan kira-kira 60 pelajar Tingkatan Enam dari Bahau, Kuala Pilah dan Jempol itu turut membuka ruang dialog dua hala, membolehkan pelajar berkongsi pandangan serta mengemukakan persoalan berkaitan cabaran dunia digital dan masa depan teknologi.

Menurut beliau, tahap kesedaran dan motivasi tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar membuktikan generasi muda semakin bersedia menghadapi perubahan landskap digital dengan lebih matang dan berpengetahuan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JaPen atas penganjuran program tersebut yang disifatkan sebagai usaha penting dalam melahirkan masyarakat celik digital, berdaya saing serta mengamalkan penggunaan internet secara selamat demi kesejahteraan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *