
18 Julai 2026
đŹ âKDN komited memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui proses yang lebih pantas, telus dan berintegriti, tanpa berkompromi terhadap pematuhan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.â
â YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan memperluas pendigitalan, memperkasa Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) serta meningkatkan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak bagi memastikan akses kepada perkhidmatan kewarganegaraan dan dokumentasi pengenalan diri menjadi lebih mudah, cepat dan menyeluruh.
Antara inisiatif utama yang dilaksanakan ialah:
â Program MEKAR diperluaskan ke kawasan pedalaman, pulau dan penempatan terpencil bagi memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan pendaftaran kelahiran serta dokumentasi pengenalan diri.
â Kerjasama strategik diperkukuh bersama kerajaan negeri, hospital, sekolah, pemimpin komuniti, agensi kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu individu yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri melengkapkan permohonan mereka.
â Pendigitalan perkhidmatan dipertingkat melalui Sistem Semakan Status Permohonan Kewarganegaraan (SSPK), MyJanjiTemu dan pelbagai perkhidmatan dalam talian JPN bagi memudahkan semakan status permohonan serta urusan pelanggan.
Usaha berterusan ini dijangka meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui proses yang lebih pantas, ketelusan yang diperkukuh, perkhidmatan yang lebih efisien serta pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang yang berkuat kuasa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sumber: Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 16 Julai 2026.
