


2 Julai 2026
Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan Setiausaha Agung Boao Forum for Asia (BFA), Zhang Jun, bagi bertukar pandangan mengenai landskap serantau dan global yang semakin mencabar.
- “Dalam suasana dunia yang berdepan ketidaktentuan geopolitik, tekanan ekonomi serta perubahan teknologi yang pesat.
” Saya menegaskan bahawa kerjasama serantau yang lebih erat, inklusif dan berteraskan dialog kekal menjadi kunci kepada kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
” Malaysia akan terus berkerjasama rapat dengan BFA dalam bidang perdagangan dan pelaburan, transformasi digital, kecerdasan buatan (AI), peralihan tenaga, keterjaminan makanan, pendidikan serta pembangunan bakat.
” Semoga ikhtiar ini akan terus memperkukuh daya tahan rantau serta membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat keseluruhannya,” kata PMX dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.
2 Julai 2026
Sorotan – berita Jendela Madani
