Iran-Pakistan Perhebat Diplomasi Redakan Konflik Serantau

TEHRAN, 7 Jun – Iran dan Pakistan mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan ketegangan serantau apabila Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi, bertemu rakan sejawatnya dari Iran, Eskandar Momeni, di Tehran, hari ini.

Naqvi turut menyampaikan surat daripada Ketua Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir dan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei berhubung situasi semasa konflik.

Kedua-dua pihak menegaskan kepentingan meneruskan rundingan diplomatik bagi memastikan keamanan berkekalan, susulan gencatan senjata rapuh yang dicapai pada April lalu.

Sebelum ini, Pakistan memainkan peranan sebagai perantara dengan menganjurkan rundingan antara Washington dan Tehran di Islamabad, termasuk menyampaikan cadangan antara pihak yang bertelagah.

Langkah berterusan ini dilihat penting bagi menstabilkan rantau serta mengelakkan konflik daripada terus memuncak.-Sumber
REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *