
BATU PAHAT, 6 Jun β Rundingan kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah selesai, petang tadi.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagaimanapun keputusan akhir berhubung perkara itu tertakluk kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
βSelagi belum disahkan, apa-apa pun boleh berlaku lagi. Bagaimanapun sehingga tadi, rundingan kerusi telah kita selesaikan. Kita nak kena fokus aspek logistik, jentera dan menyampaikan mesej dengan baik,β katanya.
Beliau berucap demikian semasa Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PH Johor di sini.
Tambah Datuk Seri Saifuddin memberitahu PH membawa pendekatan politik βWe Are All Togetherβ yang bersama-sama semua kaum untuk bekerjasama bangunkan negara dan negeri. Sumber: RTM
