πŸ† SAINTIS MALAYSIA CIPTA SEJARAH, RAIH ‘OSCARS OF SCIENCE’ 2026

25 Mei 2026

(Info Ringkas)

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ Saintis kelahiran Malaysia, Dr. Swee Lay Thein mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan berprestij Breakthrough Prize in Science 2026 di Los Angeles yang mana anugerah ini juga dikenali sebagai β€˜Oscars of Science’.

πŸ”¬ Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan penyelidikan beliau dalam memahami mekanisme pertukaran hemoglobin janin kepada hemoglobin dewasa, sekali gus membuka laluan kepada rawatan inovatif bagi penyakit seperti anemia sel sabit dan beta talasemia.

πŸŽ“ Graduan Universiti Malaya ini menerima anugerah berkenaan bersama Dr. Stuart H. Orkin dari Harvard Medical School selepas kajian mereka membuktikan potensi manipulasi genetik untuk menghasilkan hemoglobin janin secara berterusan.

🌍 Kini, beliau berkhidmat sebagai ketua dan penyelidik kanan di U.S. National Heart, Lung, and Blood Institute, terus menyumbang kepada kemajuan sains dan kesihatan global.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *