Johor isytihar Isnin sebagai cuti peristiwa

JOHOR BAHRU, 24 Mei – Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan Isnin ini sebagai Hari Cuti Peristiwa sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia musim 2025/2026.

Pengisytiharan itu dibuat selepas skuad Harimau Selatan menewaskan Kuching City FC 2-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Sabtu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebook memaklumkan, cuti peristiwa itu diumumkan atas perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Johor dan penyokong setia JDT atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pasukan berkenaan.

β€œMenjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, komitmen dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus menjadi kebanggaan bukan sahaja di peringkat negara, malah di persada dunia.

β€œSesungguhnya, kemenangan ini adalah hadiah buat seluruh Bangsa Johor dan para penyokong JDT yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan, dalam suka dan duka, di setiap perlawanan, di setiap musim,” menurut hantaran itu.

Datuk Onn Hafiz turut mengucapkan penghargaan kepada barisan pemain, jurulatih, pengurusan pasukan serta seluruh keluarga besar JDT atas kejayaan membanggakan itu.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *