




22 Mei 2026
Kementerian Luar Negeri
mengesahkan bahawa kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global
Sumud Flotilla (GSF) telah dibebaskan pada 21 Mei 2026 (Khamis).
Kesemua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Istanbul, TΓΌrkiye bagi
menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadualkan pulang ke Malaysia dengan ketibaan dijangka
pada 24 Mei 2026 (Ahad).
Kerajaan Malaysia turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan TΓΌrkiye atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang proses pembebasan serta kepulangan mereka dengan
selamat.
Kementerian memuji komitmen teguh yang ditunjukkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (MAPIM) serta pasukan Sumud Nusantara.
Walaupun flotila kemanusiaan tersebut dihalang
daripada tiba di Gaza, misi ini telah berjaya meningkatkan kecaman antarabangsa terhadap sekatan
haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza, Palestin.
Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha diplomatik bersama rakan antarabangsa dalam
menjunjung prinsip kemanusiaan serta memperkukuh solidariti global ke arah penubuhan sebuah Negara
Palestin yang berdaulat dan merdeka.
PUTRAJAYA
22 Mei 2026
LAMPIRAN
Nama 29 rakyat Malaysia yang dibebaskan adalah seperti berikut:
- Norazman bin Ishak
- Muhammad Hareez bin Adzrami
- Nor Liyana Farhan binti Daud
- Zainal Rashid bin Ahmad
- Razman bin Mat Ali
- Ahmad Musa Al-Nuwayri bin
Kamaruzaman - Hazwan Hazim Dermawan
- Norhelmi bin Ab Ghani
- Mohd Hanafi bin Mohd Salim
- Mohd Shamsir bin Mohd Isa
- Mohd Redzal bin Amzah
- Muhammad Zaid bin Abdul Karim
- Al-Ahmad Shah bin Abdul Kadir
- Mohammad Farizzal bin Rostam
- Chin Shiau Weai
- Abdul Samad bin Selamat
- Mohammad Shazly bin Mohammad
Shees - Tengku Ahmad Taufik bin Tengku Noor
Zahari - Syed Aminul Syafiq bin Syed Iskandar
- Osman bin Zulkifli
- Jihan Alya binti Mohd Nordin
- Muhammad Amirul Afif bin Mohd Azhar
- Patmanathan A/L Sivasamy
- Syakirin bin Muhamad Senin
- Muhammad Muhsin bin Zaidi
- Abdul Rahim bin Abdul Razak
- Eddy Noor Mat Amin
- Noor Thanisah binti Mohamad Tajudin
- Naufa binti Azhari
