🚨 GUNAKAN GAMBAR SEBENAR SAHAJA

23 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan imej yang diubah suai atau dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi urusan dokumen rasmi termasuk permohonan pasport dan dokumen perjalanan.

Sistem Imigresen Malaysia kini dilengkapi teknologi pengesanan imej AI yang mampu mengenal pasti elemen tidak semula jadi seperti tekstur kulit, pantulan mata dan struktur wajah yang tidak autentik.

Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan identiti rakyat serta mengelakkan penyalahgunaan dokumen rasmi negara.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan memalsukan identiti atau menggunakan teknologi AI bagi tujuan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

β€œKeselamatan identiti rakyat dan integriti dokumen negara mesti sentiasa dipelihara melalui sistem pengesahan yang moden, tegas dan diyakini,” katanya.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *