
KUALA LUMPUR, 14 Mei β Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengumumkan pembukaan semula permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 bermula 15 Mei hingga 15 Julai 2026.
Inisiatif itu bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam memastikan anak-anak autisme mendapat akses pendidikan serta intervensi awal yang berkualiti.
Menerusi hantaran di media sosial rasmi JKM, pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan secara βone-offβ sebanyak RM1,000 seorang.
Insentif berkenaan disasarkan kepada komuniti autisme di Malaysia yang berdasarkan statistik kini seramai 99,459 yang berdaftar di bawah seliaan JKM.
βBagi memastikan bantuan disalurkan secara bersasar, JKM menetapkan beberapa kriteria kelayakan utama termasuk pemohon mestilah warganegara Malaysia dan merupakan pemegang Kad OKU JKM (kategori autisme) berumur di bawah 18 tahun,β
βSelain itu, pendapatan per kapita isi rumah mestilah tidak melebihi RM5,000 sebulan, manakala pemohon mestilah sedang mengikuti sesi di pusat pembelajaran bertauliah seperti di Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA),β menurut kenyataan itu
Ibu bapa atau penjaga yang memenuhi syarat-syarat di atas dinasihatkan untuk segera membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada Julai depan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi atau hadir terus ke Pejabat JKM Daerah yang berhampiran dan maklumat rasmi juga boleh didapati menerusi saluran media sosial serta portal rasmi JKM.
Sumber : RTM
