
BARCELONA, 12 Mei β Ketua jurulatih FC Barcelona, Hansi Flick mengesahkan telah menandatangani kontrak baharu selama dua tahun bersama kelab itu dengan pilihan lanjutan semusim lagi.
Jurulatih dari Jerman berusia 61 tahun itu berjaya menghadiahkan gelaran La Liga kedua berturut-turut buat Barcelona selepas menewaskan seteru utama, Real Madrid 2-0 pada Ahad lalu.
βSudah tentu saya sangat gembira. Ia memberi keyakinan untuk saya terus bekerja satu atau dua tahun lagi.
βRamai jurulatih mungkin mahu kontrak tiga, empat atau lima tahun, namun bagi saya bersama Barcelona, kontrak yang lebih terhad adalah baik dan saya menghargainya,β katanya dalam sidang media menjelang aksi menentang Deportivo AlavΓ©s.
Menurut Flick, kedua-dua pihak akan terus bekerjasama sehingga 2028 sebelum membuat keputusan lanjut mengenai masa depannya bersama kelab itu.
Flick menyertai Barcelona pada musim panas 2024 dan sepanjang dua musim bersama kelab Catalan itu, beliau berjaya memenangi dua gelaran La Liga, satu Copa del Rey serta dua Piala Super Sepanyol.
Bagaimanapun, trofi Liga Juara Eropah yang pernah dimenanginya bersama Bayern Munich pada 2020 masih gagal diraih bersama Barcelona.
Musim ini, Barcelona tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada AtlΓ©tico Madrid, manakala musim lalu mereka kecundang 7-6 secara agregat kepada Inter Milan di separuh akhir.
Flick berkata, kontrak baharu itu turut membawa komitmen untuk terus bekerja lebih keras demi membawa Barcelona mencapai tahap tertinggi serta memenangi lebih banyak kejuaraan termasuk Liga Juara Eropah. β
- Sumber : AFP
