


PUTRAJAYA, 8 Mei 2026 — Pembayaran program Geran Digital PMKS
MADANI (GDPM) oleh Kerajaan telah selesai disempurnakan susulan
intervensi Kementerian Digital bagi menangani kelewatan pembayaran
yang telah menjejaskan syarikat yang mengambil bahagian.
Kementerian Digital telah menyelaraskan secara rapat dengan pihak
berkaitan termasuk Kementerian Kewangan bagi memastikan semua
tuntutan telah diselesaikan dengan segera.
Susulan intervensi ini, proses pembayaran dan penyaluran telah berjaya
disalurkan kepada syarikat terlibat melalui Bank Simpanan Nasional
(BSN).
Semua tuntutan tertunggak kini telah diselesaikan sepenuhnya,
dengan jumlah keseluruhan RM19 juta telah dibayar kepada syarikat
berkenaan.
Sebagai inisiatif di bawah Belanjawan 2025, GDPM memainkan peranan
penting dalam membantu PMKS mengadaptasi teknologi digital.
Ia
melibatkan lebih daripada 370 rakan pendigitalan yang menawarkan
pelbagai solusi merangkumi sembilan bidang utama pendigitalan,
termasuk pembayaran digital dan sistem ePOS, penyelesaian
pengurusan perniagaan seperti HR dan CRM, pemasaran digital,
keselamatan siber, sistem ERP dan perakaunan, tandatangan digital,
Internet Of Things (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta invois elektronik.
Kementerian Digital menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah
memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan sampai kepada penerima
dengan cepat dan berkesan.
Usaha mempercepatkan penyaluran ini
mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk bukan sahaja
menangani isu semasa, tetapi juga memperkukuh keyakinan PMKS,
rakan industri dan rakyat terhadap keupayaan sistem penyampaian
awam.
Langkah ini dilihat sebagai pendekatan Kerajaan MADANI dalam
memastikan tiada perniagaan tempatan yang tercicir dalam
merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai Negara AI menjelang tahun
2030.
YB GOBIND SINGH DEO
Menteri Digital
