
5 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan bekalan negara sentiasa terjamin dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global.
π¬ βPenguatkuasaan bersepadu adalah kunci memastikan bekalan negara terus terjamin dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Melalui pelaksanaan Op Tiris dan operasi merentas agensi:
πΉ RM125,683.30 rampasan harian (Sarawak & Kelantan)
πΉ RM23.3 juta rampasan kumulatif melibatkan 126 kes diesel, petrol & LPG
πΉ 438 tangkapan berjaya dilaksanakan
Pendekatan Smart Enforcement diperkasa melalui:
βοΈ Kawalan ketat di pintu masuk negara (ICQS)
βοΈ Peningkatan rondaan aset laut
βοΈ Operasi bersepadu membanteras penyeludupan & jenayah rentas sempadan
KDN komited memastikan setiap ruang ketirisan ditutup, seterusnya menjamin kestabilan ekonomi dan keselamatan bekalan untuk rakyat.
π’ Sokong usaha KDN. Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Sumber: KDN
