OPS TIRIS SABAH: TINDAKAN TEGAS LINDUNGI KESELAMATAN NEGARA

5 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh penguatkuasaan melalui pelaksanaan Ops Tiris di Zon Kawalan Pantai Timur Sabah bagi mengekang penyeludupan serta ancaman jenayah rentas sempadan.

πŸ’¬ β€œKeselamatan negara adalah amanah bersama. KDN akan terus memperkasa penguatkuasaan bagi memastikan setiap ancaman ditangani dengan tegas.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Hasil operasi menunjukkan tindakan bersepadu yang berkesan:
πŸ”Ή RM2,281.72 nilai rampasan
πŸ”Ή 263 tangkapan berjaya dilaksanakan
πŸ”Ή 22 kenderaan, 3 bot dan 48 telefon bimbit disita

Selain itu, status operasi harian turut merekodkan:
πŸ”Ή RM2.08 juta rampasan harian keseluruhan
πŸ”Ή Pemantauan dan rondaan dipertingkat dengan penggunaan teknologi serta kerjasama pelbagai agensi

Pendekatan tegas, bersepadu dan berteknologi tinggi memastikan setiap ancaman dapat ditangani secara pantas dan berkesan demi melindungi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

πŸ“ž Laporkan aktiviti mencurigakan:
MKN: 03-8888 2010 | MyGCC: 03-8000 8000

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *