PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SINGGAH KE PAVILION FELCRA

SEMPENA SAMBUTAN 60 TAHUN FELCRA

Kuala Lumpur, 3 Mei 2026 — YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, telah meluangkan masa singgah ke Pavilion FELCRA sempena sambutan ulang tahun ke-60 FELCRA Berhad.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pemimpin negara turut menyempurnakan acara simbolik memotong pulut kuning sebagai tanda meraikan enam dekad penubuhan FELCRA, yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Kehadiran YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa agenda pembangunan luar bandar serta menghargai sumbangan FELCRA dalam meningkatkan taraf hidup peserta dan komuniti desa di seluruh negara.

Sambutan 60 tahun FELCRA ini menjadi platform penting untuk menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian organisasi serta memperkukuh hala tuju masa depan yang lebih mampan dan inklusif.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *