Krisis politik Negeri Sembilan, semua pihak digesa beri ruang kepada MB – PMX

28 April 2026

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk
Seri Aminuddin Harun mengumumkan perkembangan politik di negeri itu.

PMX berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut politik di Negeri Sembilan susulan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menarik sokongan terhadap Datuk Seri Aminuddin.

β€œKita akan umum kemudian,” katanya ringkas ketika ditemui selepas melancarkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Inovasi Huawei semalam.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu berkaitan tindakan 14 ADUN berkenaan.

Sebelum itu, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jaluddin Alias mendedahkan, keputusan 14 ADUN menarik sokongan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan, susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.

Sementara itu , suhu politik panas di Negeri Sembilan tidak langsung membantutkan usaha Menteri Besar Negeri Sembilan untuk terus melaksanakan aktiviti yang telah dijadualkan dalam memastikan urusan pentadbiran negeri berlansung lancar.

Hari ini MB Negeri Sembilan meneruskan lawatan ke sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Port Dickson melalui Program Serahan Sumbangan Pemangkin Kecemerlangan SPM 2026.

Kali ini saya melawat Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (SMATKEM) . Sekolah ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan 42 calon SPM, peningkatan GPS daripada 2.36 kepada 2.13 dan meletakkan sasaran lebih baik 1.89 pada tahun ini. Lebih membanggakan sekolah ini berjaya mengekalkan 100 peratus kelayakan sijil selama empat tahun berturut-turut, β€˜β€™ kata Aminuddin dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini .

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *