
27 April 2026
(Info Ringkas)
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan strategik melalui pelaksanaan operasi bersepadu bagi memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara serta ketirisan bekalan kritikal dapat dibanteras secara berkesan.
π¬βPenguatkuasaan akan terus diperkasa secara bersepadu dan berfokus bagi memastikan ketirisan dibanteras serta keselamatan negara kekal terpelihara.β
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Antara fokus utama pelan tindakan ini meliputi:
πΉ Kawalan Sempadan Maritim & Darat
Rondaan dipergiat dan diperkasa di lokasi berisiko termasuk laluan tidak sah bagi mengekang aktiviti penyeludupan.
πΉ Integrasi Data Antara Agensi
Perkongsian maklumat secara masa nyata (real-time) antara agensi seperti PDRM, JIM dan APMM bagi meningkatkan kecekapan tindakan penguatkuasaan.
πΉ Pemantauan Komoditi Kritikal
Pemantauan rantaian bekalan secara menyeluruh dari sumber hingga ke sempadan bagi memastikan kestabilan bekalan dalam negara.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
π Sumber:
Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN
Impak Krisis Bekalan Global | 25 April 2026
