Kerajaan negeri, Persekutuanperlu terus beri inisiatif kepada pemain industri – Raja Perlis

Oleh: Sholina Osman
25 APRIL 2026

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah supaya Kerajaan Negeri dan Persekutuan terus memberikan inisiatif-inisiatif yang berkaitan kepada pemain industri terutamanya melibatkan insentif bahan api dan lain-lain.

Baginda bertitah ini berikutan berlaku kenaikan harga disebabkan krisis di Asia Barat yang kemungkinan akan berlarutan.

Tuanku Syed Sirajuddin juga tegaskan bahawa penggunaan teknologi dan inovasi dalam sektor pertanian adalah amat penting bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

UNTUK MENERIMA PERUBAHAN

“Oleh itu, semua pihak perlu sentiasa terbuka untuk menerima perubahan serta mempertingkatkan kemahiran agar sektor ini terus relevan dan mampan,” titah Baginda ketika berkenan menyempurnakan Perlis Agrofest di Sungai Batu Pahat, dekat Kangar, malam tadi.

Berkenan hadir Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan kedua anakanda Baginda iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah Perlis Agrofest 2026 ini dianjurkan bagi memperkasakan sektor pertanian sebagai bidang yang berpotensi tinggi serta berdaya maju khususnya kepada penduduk di negeri Perlis.

MENGHIMPUNKAN PELBAGAI AKTIVITI

“Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berkaitan pertanian, penternakan, teknologi agro dan keusahawanan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dalam menjamin keselamatan makanan dan kelestarian ekonomi kita,” titah Baginda.

Baginda juga menzahirkan rasa amat berbangga apabila dimaklumkan bahawa industri Harumanis terus berkembang dengan pesat sehingga kini melibatkan lebih 2,700 pengusaha dengan keluasan tanaman mencecah 1,800 hektar.

“Saya menyeru agar semua pihak termasuk agensi kerajaan, pengusaha dan pemain industri terus mempertingkatkan usaha dalam aspek penanaman, penyelidikan, pemprosesan serta pemasaran agar jenama Harumanis Perlis terus diperkasa dan dipelihara keasliannya,” titah Baginda.

DENGAN KOMITMEN BERTERUSAN
 
Baginda amat yakin dan percaya, dengan komitmen berterusan dan kerjasama strategik semua pihak, Perlis akan kekal unggul sebagai hab pengeluaran mangga Harumanis, seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri serta TLLOkesejahteraan rakyat, Insya-Allah.

Sementara itu dalam kenyataan media kerajaan negeri memaklumkan bahawa hasil promosi awal melalui program β€œRoad To Perlis Agrofest 2026” yang diadakan pada awal tahun 2026 telah berjaya menarik kehadiran kira-kira 28,000 pengunjung, sekali gus menunjukkan potensi besar program ini sebagai acara tahunan utama negeri Perlis bagi tahun 2026.

Perlis Agrofest 2026 menawarkan pelbagai tarikan utama yang mampu
menarik minat pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

DENGAN KUALITI PREMIUM

Antaranya ialah jualan Mangga Harumanis Perlis yang terkenal dengan kualiti premium, aroma harum dan rasa manis tersendiri, selain pelbagai produk hiliran seperti jus, ais krim, kek serta anak pokok Harumanis
untuk tujuan penanaman.

Program ini turut menampilkan Himpunan Lembu Sado Utara 5.0 yang menghimpunkan lembu baka berkualiti tinggi dari zon utara sebagai usaha mempromosikan industri rumina dan sekuriti makanan negara.

Pelbagai aktiviti sampingan lain turut
diadakan seperti pameran haiwan ternakan, petting zoo, pameran
jentera dan teknologi pertanian serta penyertaan lebih 100 usahawan
tempatan dalam pelbagai segmen perniagaan agro. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *