OPS TIRIS 4.0 (BERSEPADU) – PENGUATKUASAAN MENYELURUH, BEKALAN TERJAMIN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan melalui pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bermula 16 Mac 2026, sebagai respons strategik terhadap risiko ketirisan dan penyeludupan susulan krisis tenaga global.

“Pendekatan bersepadu antara KDN dan KPDN memperkukuh kawalan dari sempadan hingga ke rantaian bekalan. Kerajaan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pendekatan bersepadu rentas kementerian ini menggabungkan keupayaan KDN bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan rantaian bekalan kekal stabil dan terkawal.

🔹 Perairan Negara (APMM)
Rondaan intensif di zon maritim bagi mengekang penyeludupan dan pencerobohan.

🔹 Sempadan Darat (PDRM – PGA)
Kawalan perimeter dan rondaan taktikal di kawasan berisiko termasuk laluan haram.

🔹 Rantaian Bekalan & Logistik (KPDN + KDN)
Pemantauan bersepadu ke atas lori tangki, depot minyak dan rangkaian pengedaran bagi mengesan aktiviti penyelewengan, manipulasi bekalan serta ketirisan barang bersubsidi.

Sinergi ini memastikan tindakan penguatkuasaan bukan sahaja tertumpu kepada aspek keselamatan, tetapi turut merangkumi kawalan bekalan dan kestabilan harga demi kepentingan rakyat.

Ops ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara secara menyeluruh.

Sumber:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), 16 Mac 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *