
17 April 2026
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata Israel dan Lubnan bersetuju memulakan gencatan senjata selama 10 hari pada 5 petang waktu EST (2100 GMT), menandakan jeda dalam konflik Israel dengan Hizbullah yang berlaku seiring dengan perang terhadap Iran, lapor Reuters.
Kenyataan Trump yang dimuat naik di Truth Social tidak menyatakan tarikh gencatan senjata itu akan bermula, namun seorang pegawai AS berkata ia akan bermula pada Khamis.
Pakistan sebelum ini menyatakan keamanan di Lubnan penting bagi rundingan yang dimediasinya untuk menamatkan perang antara AS dan Iran.
Ahli Parlimen kanan Hizbullah Hassan Fadlallah memberitahu Reuters bahawa kumpulan itu dimaklumkan oleh Duta Iran ke Lubnan bahawa gencatan senjata selama seminggu boleh bermula pada petang Khamis.
Apabila ditanya sama ada Hizbullah akan komited terhadap gencatan senjata itu, Fadlallah berkata segala-galanya bergantung kepada komitmen Israel untuk menghentikan semua bentuk permusuhan, sambil mengiktiraf usaha diplomatik Iran dalam kemungkinan tercapainya gencatan senjata itu.
Trump berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang sangat baik dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Sumber: Bernama
