
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 APRIL 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi, sempena Kuala LumpurβAnkara Dialogue awal hari ini.
“Dalam suasana ketidaktentuan susulan krisis Asia Barat, saya menzahirkan penghargaan Malaysia atas keputusan Iran membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau berkata langkah ini amat penting dalam memastikan kelangsungan bekalan tenaga, sekali gus membantu mengekang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dan menyokong kestabilan ekonomi negara. – JM
