




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 APRIL 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan bersama anak-anak muda Pahang dalam Himpunan Anak Pahang MADANI 2026 di Kuantan.
Beliau berkeyakinan bahawa kekuatan negara terletak pada keberanian generasi muda untuk bangkit, berfikir jauh dan bertindak dengan penuh tanggungjawab dalam kehidupan seharian.
“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Anwar dalam hantaran di FB.
JANGAN SESEKALI LUPA
Beliau berkata dalam meraikan kejayaan ini, jangan sesekali lupa untuk menghargai jasa ibu bapa dan guru yang telah banyak berkorban.
“Inilah yang membezakan kita sebagai insan yang beradab dan berbudi,” kata beliau.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif bagi memastikan pembangunan yang memberi manfaat terus dirasai rakyat.
MENAIKTARAF GELANGGANG FUTSAL
Antaranya termasuk menaiktaraf gelanggang futsal di Kampung Bukit Bay Route dan pembinaan baharu dewan pembelajaran di Maahad Tahfiz Ribath Al-Mustofa.
“Kepada anak-anak Pahang, saya meletakkan harapan yang tinggi agar kalian terus melangkah dengan berani, berpegang kepada nilai dan jati diri yang utuh, serta menjadi generasi yang bukan sahaja berjaya, tetapi memberi sumbangan kepada masa depan negeri dan negara,” kata beliau. – JM
