ACC 2026: Skuad Pecut Para Negara Raih Dua Emas di Filipina

29 Mac 2026

Skuad berbasikal trek para negara menambah dua lagi pingat emas menerusi acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina hari ini.

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Arab Saudi Abas Alhashim pada aksi final kategori C1 (kecacatan fizikal), sekali gus mengutip pingat emas pertama negara.

Kejayaan berganda skuad negara dilengkapkan oleh Ahmad Zharif Ahmad Nazri dalam kategori C5 (kecacatan fizikal) apabila muncul juara dengan menewaskan seorang lagi pelumba negara Zuhairie Ahmad Tarmizi serta pelumba Jepun Ruito Kameda, yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Sumber:

BernamaNews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *