
KUCHING, 25 Mac – Peluncuran portal “JobSarawak” antara pengisian yang dirangka bersempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak di Kuching, 10 Mei ini.
Ia merupakan platform rasmi bagi perkukuh pasaran buruh di Sarawak.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, pengisian lain ialah perkongsian mengenai Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025.
Selain, penyampaian Anugerah Pekerja dan Majikan Cemerlang, serta pameran oleh agensi berkaitan.
Kira-kira 3,000 peserta dijangka menghadiri sambutan berkenaan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.
Bertemakan ‘Pekerja Cemerlang, Sarawak Maju Makmur’, sambutan bakal dirasmikan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
‘Tema ini merupakan satu tema yang menggambarkan hubungan penting antara pekerja yang berkualiti dan kemajuan serta kemakmuran negeri Sarawak’, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pertama penganjuran sambutan tersebut di Kuching.
Jamalia
Foto: UKAS
