Institusi Pendidikan KPM diminta pertingkat langkah hadapi cuaca panas apabila sekolah dibuka

Wartawan JM
25 MAC 2026

Semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal 1.

Kenyataan media Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan institusi pendidikan KPM diminta untuk memastikan pelaksanaan langkah tertentu.

“Menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi
35 darjah celsius; memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas,” kata kenyataan itu.

Selain itu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi
pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa
air minuman sendiri.

MENGAMBIL AIR MINUMAN

Juga menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam
kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.

Bekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan
kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
Semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa
fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti
garis panduan yang ditetapkan.

Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *