15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini – Dr. Dzulkefly

Wartawan JM
23 MAC 2026

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi tahun 2026 termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Beliau berkata dalam keadaan cuaca yang panas melampau sekarang menuntut semua untuk lebih peka.

Sehubungan itu kata beliau sila
awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa, dan suhu badan yang semakin meningkat.

“Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera,” katanya dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *