OP SELAMAT 26: ENAM KESALAHAN TRAFIK UTAMA

20 Mac 2026
(Info Ringkas)

Sempena Op Selamat 26 yang berlangsung hari ini sehingga 24 Mac 2026, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik memberi tumpuan kepada enam kesalahan trafik utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan. Pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan saman serta-merta sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan kesedaran keselamatan.

Sepanjang operasi ini, sebanyak 25 pasukan Emergency Response Team akan ditempatkan dan sentiasa bersiap siaga untuk memberi bantuan awal kepada pengguna jalan raya yang menghadapi sebarang kesulitan di lebuh raya.

Selain itu, 11 lokasi hotspot di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Pantai Timur telah dikenal pasti bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan pantas, sekali gus melancarkan aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan.

β€œSayangi diri, jauhi kemalangan.”
β€œRumah selamat, selamat sampai ke destinasi.”

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *