
19 Mac 2026
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerbitkan muzik video khas bersempena dengan Aidilfitri berjudul 19.5 Puasa di Kampom Pisam – Selamat Tenet Raya bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman penipuan dalam talian.
Video arahan Amen Khalid itu mengetengahkan kisah seorang peniaga kecil dikenali sebagai Pak Jabit, lakonan Aziz M. Osman, yang sibuk membuat persiapan raya di warungnya sambil mengharapkan kepulangan anak ke kampung.
Namun, kegembiraan itu bertukar duka apabila dia menjadi mangsa penipuan selepas menerima mesej mencurigakan, yang membawa kepada kehilangan keseluruhan simpanannya dalam tempoh singkat.
Kejadian itu bukan sahaja menjejaskan persiapan Aidilfitri malah memberi kesan emosi mendalam apabila wang hasil titik peluh yang dikumpul sekian lama hilang sekelip mata.
