



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 MAC 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan untuk semua pihak terus memberi tumpuan serta memantau secara rapi pelaksanaan setiap projek pembangunan yang telah diluluskan.
Beliau menjelaskan bahawa ini penting kerana rakyat menaruh harapan besar terhadap projek-projek yang memberi impak langsung kepada kehidupan seharian mereka, termasuk usaha menaik taraf jalan serta kemudahan infrastruktur demi keselesaan dan kesejahteraan masyarakat.
“Pada pandangan saya, tidak seharusnya wujud sebarang alasan yang menyebabkan projek tertangguh akibat ketidakcekapan atau kerenah birokrasi kerana setiap kelewatan akhirnya akan memberi kesan kepada mutu kehidupan rakyat, selain mengekang potensi kemajuan dan pembangunan negeri,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Terdahulu Anwar mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Kota Kinabalu.
Beliau berkata kerajaan kekal fokus dalam memastikan setiap projek yang dirancang dilaksanakan dengan cekap, telus dan menepati jadual, agar manfaatnya dapat segera dirasai oleh rakyat. – JM
