
5 MAC 2026
SEREMBAN β Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Mantai Raya Perdana secara serentak di kesemua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 18 Mac ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, sebanyak 100 kilogram (kg) daging percuma akan diagihkan kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan di setiap DUN, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,600 kg.
Menurut beliau, selain agihan percuma, kerajaan negeri turut menyediakan 18,000 kg daging bersubsidi untuk dijual kepada orang ramai pada harga diskaun RM3 sekilogram lebih rendah daripada harga pasaran semasa.
βSetiap individu dihadkan pembelian maksimum dua kilogram sahaja dan setiap DUN diperuntukkan sebanyak 500 kg daging bersubsidi,β katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan harga jualan sebenar daging bagi program tersebut masih belum dimuktamadkan kerana bergantung kepada harga pembekal serta sambutan orang ramai.
Program Mantai Raya ini diharap dapat membantu meringankan beban rakyat menjelang sambutan Aidilfitri, khususnya golongan yang memerlukan
Kredit: Wartawan Farhanah Wahab Via NegeriKita.org
