




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang menyantuni peniaga dan pengunjung di Bazar Kampung Baru dalam suasana cukup meriah dengan pelbagai juadah tradisi dan kreativiti usahawan kecil yang tidak pernah luntur semangatnya mencari rezeki.
Beliau sempat berbual dan mendengar sendiri pandangan serta cabaran yang dihadapi para peniaga yang menuntut sokongan masyarakat, bukan sekadar membantu ekonomi setempat, tetapi mengukuhkan semangat kebersamaan yang menjadi teras Malaysia MADANI.
“Moga Ramadan ini membawa seribu keberkatan, mempererat silaturahim dan menyemai rasa syukur dalam setiap langkah kita semua,” kata Anwar dalam perkongsian di FB. – JM
