PELANCARAN BAZAR RAMADAN RAHMAH (BRR) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

JOHOR, 20 FEB 2026 – YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah hadir dan melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di Bazar Ramadan Tapak Perling Mall, Johor Bahru.

Program yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya dilaksanakan di 116 buah lokasi di seluruh negara sebagai langkah proaktif menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga lebih berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu RAHMAH yang dijual pada harga tidak melebihi RM5.

Inisiatif ini juga menitikberatkan aspek pengurangan pembaziran
makanan melalui pelaksanaan inisiatif MySaveFood yang kini dijenamakan semula sebagai Ihsan Food Bank (i-FB). Inisiatif yang diperkenalkan pada 27 Mac 2023 ini dilaksanakan bagi menyelamatkan lebihan makanan di bazar Ramadan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan melalui kerjasama pihak berkuasa tempatan, pertubuhan sukarelawan dan komuniti setempat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *