


Wartawan JM
20 FEB. 2026
Seramai 12 anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian samun melibatkan kerugian mata wang kripto milik seorang warga asing yang berlaku di Kajang awal bulan ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata penahanan ini susulan satu laporan polis berkaitan kejadian telah diterima pada pukul 2.07 petang pada 6 Februari 2026.
Sehubungan itu kata beliau tindakan segera telah diambil di mana seramai 12 anggota polis ditahan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan ia mesih lagi kes masih lagi siasatan,” kata beliau dalam kenyataan media.
Polis Kontinjen Selanjor juga menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terllibat dalam aktiviti jenayah. -JM
