
17 Feb 2026
Kebenaran pemilikan dan pengimportan bunga api jenis Pop-Pop” dan Happy Boom sempena Tahun Baharu Cina masih tertakluk pada permit yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah serta pematuhan spesifikasi dan syarat ditetapkan.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam kenyataan berkata perihal pengimportan, penjualan, penyimpanan dan permainan mercun dan bunga api tertakluk pada peruntukan Akta Bahan Letupan 1957, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
